Followers

Keindahan Mata & Nebula

,

Read more

Ulat Bulu Yang Menyerupai Ular

,
Dikenali sebagai Elephant Hawk Moth (deilephila elpenor) adalah sejenis ulat bulu yang menyerupai seperti ular.Apabila diancam ia akan menarik segmen badannya menyerupai seakan postur ular dengan berkepala besar dan 4 mata yang besar.




Read more

28 Fakta Menarik Tentang Tubuh Badan Manusia

,

  1. Saintis berkata,semakin tinggi I.Q anda, semakin banyak yang anda bermimpi.
  2. Sel terbesar dalam badan manusia adalah telur perempuan (ovum) dan yang paling kecil ialah sperma lelaki.
  3. Anda menggunakan 200 otot untuk berjalan satu langkah.
  4. Wanita puratanya 5 inci lebih pendek daripada lelaki biasa.
  5. Kaki manusia mengandungi 250,000 kelenjar peluh.
  6. Asid di dalam perut anda cukup kuat untuk menleburkan pisau cukur.
  7. Sel otak manusia boleh menampung 5 kali lebih banyak maklumat seperti Encyclopedia Britannica.
  8. Makanan mengambil masa tujuh saat dari mulut ke perut anda.
  9. Lelaki tanpa bulu dada lebih cenderung untuk mendapatkan sirosis hati berbanding lelaki yang mempunyai bulu dada.
  10. Terdapat kira-kira satu trilion bakteria pada kaki anda.
  11. Badan anda mengeluarkan haba yang cukup dalam masa 30 minit untuk membuatkan setengah gelen air mendidih.
  12. Enamel gigi anda adalah bahan paling keras di dalam badan anda.
  13. Gigi anda mula tumbuh 6 bulan sebelum anda dilahirkan.
  14. Panjang ibu jari anda sama dengan panjang hidung anda.
  15. Paru-paru mengandungi lebih 300,000 juta kapilari (salur darah kecil). Jika ia dibentangkan dari hujung ke hujung, ia akan mencecah 2400km (1500 batu).
  16. Tulang manusia adalah kuat seperti granit untuk menyokong berat badan. Blok tulang bersaiz satu kotak mancis boleh menyokong 9 tan - empat kali ganda daripada konkrit boleh menyokong.
  17. Setiap jari dan kuku jari kaki mengambil masa kira-kira enam bulan untuk berkembang dari asas hingga ke hujung.
  18. Apabila anda tidur,ketinggian anda berkembang sebanyak 8mm kira-kira (0.3inci). Pada keesokan harinya anda mengecut kembali ke ketinggian asal anda. Sebabnya ialah bahawa cartilage discs anda dihimpit seperti span oleh daya graviti apabila anda berdiri atau duduk.
  19. Orang biasa di Barat makan 50 tan makanan dan minuman 50.000 liter (11000 gelen) cecair semasa hidupnya.
  20. Otot di bahagian mata bergerak kira-kira 100,000 kali sehari. Untuk memberi otot kaki anda senaman yang sama, anda perlu berjalan 80km (50 batu) setiap hari.
  21. Setiap buah pinggang mengandungi 1 juta penapis. Mereka menapis purata sekitar 1,3 liter (2.2 pain) darah setiap minit, dan mengusir sehingga 1,4 liter (2.5 pain) air kencing setiap hari.
  22. Mata menerima kira-kira 90 peratus maklumat sewaktu kita hidup, membuat kita dikenali sebagai makhluk visual.
  23. Ovari wanita mengandungi hampir separuh juta sel telur, namun hanya 400 atau lebih yang akan mendapat peluang untuk mencipta kehidupan yang baru.
  24. Satu sel darah manusia mengambil masa hanya 60 saat untuk membuat kitaran lengkap ke seluruh badan.
  25. Ia adalah mustahil untuk bersin dengan mata terbuka.
  26. Perut anda perlu untuk menghasilkan satu lapisan lendir yang baru setiap dua minggu atau perut kita akan dihadam oleh acid gastric.
  27. 72 otot yang berbeza berinteraksi untuk menghasilkan pertuturan manusia.
  28. 15 juta sel darah dimusnahkan di dalam tubuh manusia setiap saat.


Read more

Manusia Yang Mempunyai Kekuatan 30,000 Lelaki Dewasa

,




Nama dia Sayyed Muhammad Ahmad Abdallah
dari Mesir, agama Islam.

28 kali kahwin dengan 35 anak.
Isteri sekarang 4 orang.

Kekuatan fizikal = 30,000 lelaki dewasa = 260 kuasa kuda 
1 kuasa kuda = 265 lelaki

Bapak dia dulu 840 kuasa kuda punya tenaga... 

Mengelak untuk berjabat tangan dengan orang, kalau salam patah riuk jari tangan orang. 

Makan daging mentah tiap2 hari minum butter.

Pernah dipenjara kerana lari dari khidmat tentera, diampunkan oleh presiden.

boleh bengkokkan duit syiling dengan kelopak mata je.

boleh koyakkan duit syiling dengan jari.

paling special 15 KALI SEKS satu hari - tak boleh miss tiap2 hari (mak aiii 4 bini pun boleh lari ni...)

sila tonton wawancara dengan dia..




Read more

Serangga Yang Paling Besar Di Dunia

,
Kumbang Titan (Titanus giganteus) adalah kumbang terbesar yang dikenalpasti di dalam hutan hujan Amazon dan salah satu daripada serangga yang paling besar di dunia. Ia termasuk di dalam keluarga Cerambycidae ( kumbang bertanduk panjang). Ia dikenali dari hutan hujan di Venezuela, Colombia, Ecuador, Peru, Guianas, dan di utara-tengah Brazil.

Kumbang dewasa boleh membesar sehingga 6.5 inci (16.7 cm) panjang. Dikatakan bahawa mandibles mereka boleh mematahkan sebatang pensel kepada separuh dan mampu memotong daging manusia.









Read more

Ikan Yang Boleh Terbang

,
Pelik tapi benar, terdapat ikan yang boleh terbang dan mempunyai sayap lagi. Ataupun lebih tepat lagi ikan ini mempunyai sirip yang amat lebar dan panjang sekaligus kelihatan seperti sayap. Sungguh menakjubkan ciptaan Allah s.w.t ini, dikatakan juga pada tahun 1900 sehingga 1930 ikan ini dikaji bagi dijadikan model untuk mencipta kapal terbang. Abiliti ikan ini yang membolehkan ia terbang adalah kerana bertujuan untuk bersembunyi dan melarikan diri daripada musuh. Secara puratanya ikan ini boleh terbang sejauh 50 meter. Selain daripada mempunyai sirip yang lebar, ikan ini mampu membuatkan ekornya bergerak sehingga 70 kali dalam masa 1 saat dan ini membantu ikan ini untuk terbang.


Read more

Popular Posts This Week

 

Happy Need Sleep Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger