Tagged Under:

Bayar dengan mengunakan cap jari di supermarket

By: BHT On: 10:06:00 PG
  • Share It

  • Bayar dengan mengunakan cap jari di supermarket

    Pelanggan di rangkaian supermarket di Jerman akan dapat membayar harga barangan mereka dengan meletakkan jari mereka pada scanner di check-out.

    Sebuah kedai bernama Edeka di bandar Jerman barat daya Ruelzheim telah menguji cuba teknologi ini sejak November tahun lalu, dengan teknologi ini ia dapat mengurangkan masa terbuang ketika hendak membayar seperti mencari kad kredit atau pun wang/syiling di dalam beg duit.

    Syarikat bercadang untuk menyediakan teknologi ini ke semua kedai di seluruh wilayah itu.

    Pengurus store Roland Fitterer berkata,"Apa yang semua pelanggan perlu lakukan adalah mendaftar sekali dengan kad pengenalan mereka dan butiran bank, maka mereka boleh berbelanja tanpa perlu membawa wang dan kad kredit lagi".

    Teknologi ini didasarkan pada membandingkan cap jari orang yang membeli belah dengan orang-orang yang disimpan di database-nya bersama-sama dengan butiran akaun. Pengurus Edeka berkata, mereka yakin sistem ini tidak boleh disalahgunakan. Kemungkinan dua orang memiliki cap jari yang sama adalah sekitar satu dalam 220 juta.


    0 ulasan:

    Catat Ulasan