Lukisan Yang Menarik Daripada Kotoran Pada Tingkap Kereta


Ini adalah karya seni yang luar biasa hasil daripada bakat seorang lelaki yang bernama Scott Wade.
Scott Wade ialah seorang pereka grafik yang berbakat, berasal dari Wimberley, Texas, yang suka untuk mengotorkan tangannya. Beliau melukis semua jenis gambar di belakang kereta beliau dan isterinya, dengan hanya menggunakan jari, habuk dan berberapa berus lukisan. Dari potret Mona Lisa hingga ke potret Albert Einstein, Wade telah mencipta satu siri karya seni yang sering membuatkan orang ramai berhenti untuk melihatnya.

Beliau berkata orang sering berkumpul di sekeliling kereta mereka apabila mereka keluar, hanya untuk mengagumi keindahan dan kehalusan seni beliau. Sesetengah daripada mereka sanggup keluar dari kenderaan mereka ketika lampu merah untuk mengambil gambar keretanya.
Dia menggunakan minyak, kotoran tertentu dan pengering rambut untuk mengotorkan seluruh tingkap. Ini mengambil masa dalam 10 minit.

Bekerja dengan debu bermakna karya-karya beliau musnah apabila hujan, tetapi Scott Wade melihat bahawa sebagai satu peluang untuk mencipta karya seni gambar yang lebih menarik.









[Sumber]

Catat Ulasan

0 Ulasan

Close Menu