Ikan Yang Boleh Terbang

Pelik tapi benar, terdapat ikan yang boleh terbang dan mempunyai sayap lagi. Ataupun lebih tepat lagi ikan ini mempunyai sirip yang amat lebar dan panjang sekaligus kelihatan seperti sayap. Sungguh menakjubkan ciptaan Allah s.w.t ini, dikatakan juga pada tahun 1900 sehingga 1930 ikan ini dikaji bagi dijadikan model untuk mencipta kapal terbang. Abiliti ikan ini yang membolehkan ia terbang adalah kerana bertujuan untuk bersembunyi dan melarikan diri daripada musuh. Secara puratanya ikan ini boleh terbang sejauh 50 meter. Selain daripada mempunyai sirip yang lebar, ikan ini mampu membuatkan ekornya bergerak sehingga 70 kali dalam masa 1 saat dan ini membantu ikan ini untuk terbang.


















Catat Ulasan

1 Ulasan

Close Menu